Luka Dalaman

Artist: Erama Artist

Zamani bukanlah satu nama asing dalam dunia hiburan tanah air. Penyanyi yang mencipta nama selaku vokalis kumpulan Slam ini amat terkenal dengan gaya suaranya yang melankolik tatkala melantunkan lagu-lagu cinta ditambah gaya rambutnya yang menjadi identiti beliau sehingga ke hari ini. Kolaborasi Slam bersama komposer hebat Saari Amri ternyata memberi tuah buat mereka apabila lagu-lagu seperti Gerimis Mengundang, Nur Kasih, Kembali Terjalin dan Kembali Merindu menjadi hits dan siulan setiap anak muda di era 90-an.Kini gabungan dua nama yang cukup sinonim suatu ketika dahulu kembali ke persada seni tanah air dengan karya terbaru yang pastinya ditunggu setiap peminat.Dengarkan lagu baru nyanyian Zamani dan ciptaan Saari Amri ini!

Album Tracks

MybytesRCHklpop